Saya disahkan Hamil 1 bulan 22hari pada 12/8/2017.
Bermulalah episode mak bunting.
First makanan yang saya idamkan adalah Sushi! Ni sebelum saya tahu yang saya tengah pregnant.haha
Rasa pelik saya nak sangat makan sushi. Balik keje pukul 8 Malam dah sanggup juga nak turun Quilmall Kl semata-mata untuk makan sushi.
Lepas dah tahu saya mengandung,baru saya tahu macam tu rupanya mengidam.😁
2nd things saya nak makan nasi kandar. Balik Dari kerja juga, pukul 8 malam sanggup turun chow kit road sebab nak nasi kandar yassem.haha
Then saya mengidam siakap stim limau, habis kerja je terus pergi sungai buloh ajak mak mertua sekali pergi makan kat depan penjara Sungai Buloh.
Lepas tu tak ingat apa lagi Yang Aku idamkan. Cuma paling saya ingat sampai bersalin tak dapat makan buah tembikai merah😫
Bukan tak boleh cari,takut makan sebab aku disahkan menghidap Diabetes Mellitus type 2. Sampailah sekarang ni.(28/04/19)
2 tahun lalu.
Due out my son sepatutnya in may 12th 2017. Atas masalah kesihatan saya kena check in HKL untuk plan "diberanakan" on 27th Apr 2017. Pukul 8 dah induced untuk paksa bersalin...12pm,deritanya doc check,perit..masa tu memang terus takut nak pregnant lagi.
Selepas 6jam, 2pm check lagi, jalan baru buka 2cm, perut dah rasa contraction. Doctor dah pecahkan ketuban.😣
Masuk labour room,kesakitan melampau,shingga Minta epidural, doc pakar delaykan injection, sampai 6pm Masih sama. 2cm babe,memang tak nak keluar lagi dia.
Heart beat baby kejap ada kejap xde. Risau...pukul 7 lebih doc minta husband sign untuk emergency Caesar. Emergency sangat la..tunggu juga sampai pukul 2am on 28th April tu,baru dapat masuk operation room.
Dalam opr room pulak..sejuk giler. Doc pakar epidural la yang disisi saya. Khas utk pantau saya. Masa tu ibarat kejap terlelap kejap tersedar juga. Opr berjalan selama 1jam lebih. Terasa sesuatu keluar dari perut,yang saya dengar asst doct kata dorg dah keluarkan baby. Lagi tak sedar kejap. Terjaga bila dgr suara baby. Alhamdulillah. Nampak doc tengah check baby. Doc bawak dekat dengan muka saya, doc kata pipi bam2. Comel. Mata sebelah je terbuka,seolah tengah melihat saya.
Maka Lahirlah Muhammad Aariz Hakimie Bin Muhammad Taufiq Hakimie pd 28th April 2017 pada hari Jumaat bersamaan 1 syaaban 1438H, pukul 3.18am dgn berat 3.28kg.
Dengan rasminya saya menjadi seorang ibu💓
Selepas semua selesai saya dipindahkan ke dalam wad. Akan tetapi saya terpaksa dipisahkan dengan anak saya atas sebab kadar gula masih belum stabil.huhu
Sehari setengah saya tak jumpa dia.
Hari esoknya baru dapat bagi susu,itupun susu yang aku perah sendiri then letak dalam syringe, belum sampai ke tempat dia saya dengar suara baby menangis, dalam hati terdetik itu mesti dia. Ya Allah,memang dia.
Masalah kedua pula, baby kena jaundice (penyakit kuning). Dia kena duduk bawah lampu. Setiap sejam aku datang bagi dia susu. Sehingga esok bacaan jaundice turun ke 138, doctor bagi balik dan Minta Kami check lagi kat klinik.
Macam- macam petus orang bagi. Tapi satu je saya yakin ubatnya, minum susu dan disamping tu aku bagi air zam zam. Sebab saya ingat pesan doctor,hati baby belum kuat untuk menapis makanan, susu ibulah paling selamat. Alhamdulillah..bacaan jaundice normal.
Sekarang Muhammad Aariz dah 2 tahun 1 hari. Alhamdulillah dia aktif juga sihat.
Muhammad Aariz dah mula dapat sebut bermacam perkataan.
Semoga anak momma menjadi manusia yang mulia & tinggi darjatnya.. aamiin aamiin aamiin
Momma sayang Aariz 💓 💓💓